Rabu, 17 Januari 2018 | 9:03pm
PRESIDEN Indonesia Joko Widodo merasmikan upacara mengangkat sumpah bagi anggota kabinetnya yang baharu di istana presiden di Jakarta, Indonesia.- Foto Reuters
PRESIDEN Indonesia Joko Widodo merasmikan upacara mengangkat sumpah bagi anggota kabinetnya yang baharu di istana presiden di Jakarta, Indonesia.- Foto Reuters

Jokowi buat rombakan, pilih menteri baharu

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko 'Jokowi' Widodo menggantikan Menteri Hal Ehwal Sosial kabinetnya, semalam dan memilih ketua kakitangan baharu dalam rombakan ketiga sepanjang tempoh lima tahun pentadbirannya.

Rombakan itu sudah dijangkakan kerana sebahagian menterinya memohon untuk tidak hadir kerana bertanding dalam pilihan raya wilayah pada akhir tahun ini.

Walau bagaimanapun, ia lebih sederhana berbanding jangkaan awal, membabitkan hanya seorang menteri.

Kerusi Menteri Hal Ehwal Sosial baharu itu kini diisi oleh Idrus Marham, seorang anggota Golkar, parti kedua terbesar dalam gabungan Jokowi.

Beliau menggantikan Khofifah Indar Parawansa, yang kini bertanding dalam pilihan raya di wilayah Jawa Timur.

Jokowi turut melantik seorang ketua kakitangan baharu, Dr Moeldoko yang juga seorang bekas ketua tentera.

Pilihan raya perundangan dan presiden akan diadakan pada 2019. - Reuters

Berita Harian X