Rabu, 13 Disember 2017 | 6:51am

Gempa bumi 6.0 gegar timur Iran

TEHRAN: Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda timur Iran berhampiran bandar raya Kerman hari ini, beberapa jam selepas ia digegarkan dengan gegaran susulan berukuran 5.9, kata Pusat Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa terbaru itu, pada awalnya dilaporkan sekuat 6.2, berlaku pada cuma kedalaman 10 kilometer, yang menguatkan gegaran berkenaan.

Ia berpusat 64 kilometer ke utara Kerman, kata USGS. - Reuters

Berita Harian X