Khamis, 2 November 2017 | 7:40pm
SEEKOR ikan lumba-lumba betina dari spesis bottlenose, mati di sebuah akuarium di Jepun. - Foto AFP

Ikan lumba-lumba tertua Jepun mati

TOKYO: Seekor ikan lumba-lumba betina dari spesis bottlenose, mati di sebuah akuarium di Jepun hanya selepas beberapa minggu memecah rekod kebangsaan hidup melebihi empat dekad dalam kurungan, semalam.

Menurut pegawai di Akuarium Shimoda, ikan yang dikenali sebagai Nana, dipercayai berusia 47 tahun itu ditemui lemas, Selasa lalu di akuarium yang terletak di teluk semula jadi di Shizuoka, tengah Jepun, kata pegawai Kiyoshi Sakamoto .

Ia mati kurang sebulan selepas menyambut ulang tahun ke 42 dan selepas 10 bulan berada di bawah jagaan manusia sekali gus menandingi rekod dipegang seekor ikan lumba-lumba lain di Kamogawa Sea World, tenggara Tokyo.

Pihak pengurusan akan menjalankan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. Namun, menurut Sakamoto, Nana hilang selera makan sejak kebelakangan ini.

Nana ditangkap di pantai Ito, pada 1974 dan menghuni akuarium berkenaan sejak itu.

Ia sempat melahirkan lapan anak yang turut sama mengambil bahagian dalam pertunjukan ikan lumba-lumba yang disifatkan sebagai tarikan popular di akuarium berkenaan. - AFP

Berita Harian X