Selasa, 15 Ogos 2017 | 11:22pm
SEKURANG-KURANGNYA 221 orang maut dan lebih 1.5 juta lagi hilang tempat tinggal akibat banjir monsun di seluruh India, Nepal dan Bangladesh. - Foto AFP
SEKURANG-KURANGNYA 221 orang maut dan lebih 1.5 juta lagi hilang tempat tinggal akibat banjir monsun di seluruh India, Nepal dan Bangladesh. - Foto AFP

221 maut akibat banjir di 3 negara

SAPTARI: Sekurang-kurangnya 221 orang maut dan lebih 1.5 juta lagi hilang tempat tinggal akibat banjir monsun di seluruh India, Nepal dan Bangladesh.

Di Nepal, banjir teruk menyebabkan puluhan ribu rumah ditenggelami air di kawasan rendah dan padat penduduk di bahagian selatan.

Menteri Dalam Negeri Nepal, Janardan Sharma memberitahu Parlimen, setakat ini, 111 terkorban, 35 masih hilang dan satu operasi mencari sedang dijalankan.

Ketua Jabatan Pengurusan Bencana Bangladesh, Reaz Ahmed pula berkata, satu pertiga kawasan Bangladesh dinaiki air menyebabkan sekurang-kurangnya 29 maut dan 1.5 juta penduduk hilang tempat tinggal.

Hampir 1,200 pusat perlindungan didirikan di seluruh Bangladesh, manakala tentera dihantar untuk mengukuhkan tebing sungai serta membantu operasi mencari dan menyelamat.

Di daerah sempadan Lalmonirhat, kira-kira 600 warga India berlindung di perkampungan Bangladesh bersama ternakan, kata pentadbir kerajaan daerah Shafiul Atif.

Sekurang-kurangnya 81 orang maut di negeri timur Bihar dan Barat Bengal di India serta timur laut Assam sejak beberapa hari lalu, kata seorang pegawai kerajaan.

Perkhidmatan kereta api ke kawasan timur laut terputus keseluruhannya dan sekurang-kurangnya 200,000 orang tinggal di kem sementara di Assam, negeri terpencil yang kerap dilanda banjir ketika hujan tahunan. - AFP

Berita Harian X