Sabtu, 5 Ogos 2017 | 9:23am

Selatan Filipina bergegar

MANILA: Gempa bumi sekuat 5.8 magnitud melanda Pulau Mindanao, selatan Filipina hari ini, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pusat gempa itu dilaporkan terletak kira-kira 34 kilometer (km) di timur bandar General Santos yang mempunyai hampir 600,000 penduduk.

Gempa bumi sekuat 5.8 magnitud melanda Pulau Mindanao, selatan Filipina hari ini.
Gempa bumi sekuat 5.8 magnitud melanda Pulau Mindanao, selatan Filipina hari ini.

USGS berkata, gempa bumi berlaku pada kedalaman 74 km namun agensi gempa Eropah (EMSC) melaporkan gegaran berlaku pada kedalaman 10 km yang mungkin memburukkan kesannya.

Pada mulanya, gempa itu dilaporkan dengan kekuatan 6.0 magnitud pada jam 8.30 pagi waktu tempatan, kata USGS.

Bagaimanapun, gempa dengan kekuatan 5.8 magnitud yang dilaporkan dianggap sederhana, namun masih boleh menyebabkan kerosakan teruk. - Reuters

Berita Harian X