Khamis, 2 Januari 2020 | 10:05pm
Beberapa kenderaan tersadai selepas berlaku banjir kilat berhampiran Jakarta. - Foto Reuters
Beberapa kenderaan tersadai selepas berlaku banjir kilat berhampiran Jakarta. - Foto Reuters

Korban banjir Indonesia hampir 30 orang

JAKARTA: Jumlah korban banjir di ibu negara Indonesia meningkat kepada sekurang-kurangnya 29 orang, hari ini, selepas lebih banyak hujan lebat di wilayah itu yang menyebabkan lebih banyak air terperangkap bawah tanah, menurut agensi bencana.

Ribuan penduduk juga terpaksa berpindah ke banyak pusat perlindungan di Jakarta dengan banyak kediaman rosak. Ia adalah banjir terburuk di bandar itu, sejak beberapa tahun, susulan hujan sejak malam Tahun Baharu.

Sekurang-kurangnya 26 orang terkorban di Jakarta, sementara tiga lagi terbunuh akibat banjir kilat di Lebak, selatan pulau Jawa, menurut agensi bencana setempat.

Polis di Lebak berkata, mereka juga masih mengesan lapan mangsa hilang.

"Kami berharap jumlah kematian tidak meningkat," kata Menteri Hal Ehwal Sosial, Juliari Peter Batubara kepada pemberita. - AFP

Berita Harian X