Rabu, 1 Januari 2020 | 6:52pm
KEADAAN banjir di Jakarta. - Foto AFP
KEADAAN banjir di Jakarta. - Foto AFP

4 maut banjir di Jakarta

JAKARTA: Empat orang maut akibat bencana banjir yang melanda ibu negara Indonesia, hari ini kata pegawai agensi bencana.

Sementara, media tempatan melaporkan insiden tanah runtuh akibat hujan lebat pada Malam Tahun Baharu turut menyebabkan beberapa lagi penduduk maut di Jawa Barat

Bekalan elektrik diputuskan di ratusan kawasan yang ditenggelami air di seluruh Jakarta, didiami 30 juta penduduk sementara beberapa landasan kereta api dan salah sebuah lapangan terbang terpaksa ditutup.

Ketua Agensi Pengurusan Bencana, Subejo berkata, seorang remaja berusia 16 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik sementara, tiga lagi maut akibat hipotermia.

“Kami berharap supaya banjir akan surut cepat, tetapi jika hujan berterusan banjir akan berterusan,” katanya

Antara menjadi mangsa ialah warga emas yang terperangkap dalam rumah ketika air naik hingga mencecah empat meter selepas tebing sungai pecah. - AFP

Berita Harian X