Rabu, 23 Oktober 2019 | 11:06am
PRESIDEN Joko ‘Jokowi’ Widodo. - Foto Reuters

Jokowi umum Kabinet baharu, Prabowo dilantik Menteri Pertahanan

JAKARTA: Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo, hari ini mengumumkan barisan Kabinet baharunya untuk penggal kedua, memilih bekas Menteri Perindustrian, Airlangga Hartarto, mengetuai pasukan ekonomi.

Beliau juga mengekalkan Sri Mulyani Indrawati sebagai Menteri Kewangan.

Pencabar kuat beliau pada pilihan raya April lalu, Prabowo Subianto, akan berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan, kata Jokowi di istana presiden.

Sementara pengasas bersama Gojek, Nadiem Makarim, 35, dinamakan sebagai Menteri Pendidikan dan Kebudayaan.

Bekas ketua pengeluar baja negara, Arifin Tasrif, dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Mineral.

Sekutu lama Jokowi, Luhut Pandjaitan, mengekalkan kedudukan sebagai Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Maritim, yang juga memantau sektor sumber asli dan pelaburan. - Reuters

Berita Harian X