Selasa, 22 Oktober 2019 | 1:20pm
Sri Mulyani kekal dengan jawatan Menteri Kewangan untuk penggal kedua pentadbiran Jokowi. -Foto Agensi

Sri Mulyani kekal Menteri Kewangan dalam Kabinet Jokowi

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko ‘Jokowi’ Widodo hari ini meminta Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati kekal dengan jawatannya di negara ekonomi terbesar Asia Tenggara itu untuk penggal kedua pentadbiran lima tahunnya, kata beliau kepada media.

Selepas bertemu Jokowi, Sri Mulyani berkata, beliau akan memfokuskan dasarnya untuk memenuhi keutamaan Presiden bagi memperbaiki sumber manusia, memastikan bajet kerajaan dilaksanakan dengan baik dan dasar fiskal dapat disesuaikan dengan dinamik global.

Indonesia secara meluas menghormati Sri Mulyani, bekas pengarah urusan Bank Dunia yang menjadi Menteri Kewangan sejak 2016, memacu usaha pembaharuan cukai, berusaha memanfaatkan program pengampunan cukai antara 2016 hingga 2017. -Reuters

Berita Harian X