Isnin, 21 Oktober 2019 | 7:04pm
PEMIMPIN pembangkang Indonesia, Prabowo Subianto. - Foto Reuters

Prabowo sertai kabinet Jokowi

JAKARTA: Pemimpin pembangkang Indonesia, Prabowo Subianto memaklumkan beliau dijemput Presiden Joko Widodo menyertai kabinet dalam sektor pertahanan, hari ini.

Katanya, beliau sudah menerima jemputan itu.

“Hari ini, kita diminta secara rasmi dan kita sedia membantu,” kata Prabowo yang menjadi pencabar Widodo dalam pilihan raya sengit, April lalu.

Beliau berkata demikian, selepas bertemu dengan Widodo di istana presiden.

Bagaimanapun, beliau tidak mengesahkan jawatan dalam kabinet tetapi beberapa laporan media mencadangkan Prabowo akan berkhidmat sebagai menteri pertahanan. - Reuters

Berita Harian X