Khamis, 19 September 2019 | 9:29pm
PASUKAN perubatan sedang merawat salah seorang mangsa yang cedera dalam pertempuran di Papua. - Foto AFP
PASUKAN perubatan sedang merawat salah seorang mangsa yang cedera dalam pertempuran di Papua. - Foto AFP

Kanak-kanak, remaja maut dalam pertempuran di Papua

JAKARTA: Seorang kanak-kanak dan remaja adalah antara tiga mangsa yang terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan serta pemberontak di wilayah Papua, pada Selasa lalu.

Kejadian itu berlaku selepas demonstrasi besar-besaran dan keganasan melanda Papua, yang tercetus akibat isu perkauman serta tuntutan kemerdekaan wilayah di timur Indonesia berkenaan.

Pihak tentera berkata, tiga orang awam terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak dan remaja, manakala empat lagi penduduk cedera dalam insiden di Illaga, Papua.

Menurut pihak berkuasa, ketika kejadian, anggota polis dan tentera sedang memburu pemberontak, apabila sekumpulan gerila berjaya melepaskan diri, lalu melepaskan tembakan hingga mencetuskan pertempuran antara kedua-dua pihak.

“Hasil pemeriksaan selepas itu, kami berjaya menemui tujuh orang awam yang terkena tembakan dan tiga daripada mereka sudah meninggal dunia,” kata jurucakap tentera Papua, Eko Daryanto dalam satu kenyataan.

Katanya, empat mangsa yang cedera dibawa ke sebuah klinik tempatan untuk mendapatkan rawatan. - AFP

Berita Harian X