Jumaat, 30 Ogos 2019 | 7:26pm
Sebuah bangunan yang musnah dalam rusuhan di Jayapura, Papua, Indonesia. Foto Reuters
Sebuah bangunan yang musnah dalam rusuhan di Jayapura, Papua, Indonesia. Foto Reuters

Penunjuk perasaan digesa tamat demonstrasi

JAKARTA: Menteri Penyelarasan bagi Hal Ehwal Keselamatan, Perundangan dan Keselamatan, Wiranto hari ini, menggesa semua pihak menamatkan tunjuk perasaan di wilayah Papua, sekali gus mengembalikan keamanan di wilayah timur Indonesia itu.

Kenyataan itu dikeluarkan dalam satu sidang media bersama beberapa pemimpin Papua di sini, selepas wilayah itu digemparkan dengan beberapa tunjuk perasaan, yang kadangkala bertukar ganas.

Wiranto berkata, desakan peserta demonstrasi yang mahu siasatan mengenai isu perkauman juga sedang dijalankan pihak berkuasa.

“Kenapa kita mesti membunuh satu sama lain, hanya kerana kita rasa tersinggung.

“Mari kembalikan ketenangan, kembalikan keamanan dan berfikir mengenai masa depan tanpa sebarang kemusnahan, yang menjamin pembangunan,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Indonesia berulang-kali meminta supaya keamanan kembali diwujudkan di Papua, yang berdepan kekacauan selama bertahun-tahun, susulan isu diskriminasi kaum dan etnik.

Malah, penunjuk perasaan turut mendesak supaya satu pungutan suara bagi menuntut kemerdekaan diadakan, namun ditolak oleh Wiranto. - Reuters

Berita Harian X