Sabtu, 26 Januari 2019 | 8:36pm
Seorang wanita meratapi kematian anggota keluarganya di Gowa akibat banjir dan tanah runtuh. -Foto AFP
Seorang wanita meratapi kematian anggota keluarganya di Gowa akibat banjir dan tanah runtuh. -Foto AFP

Korban banjir, tanah runtuh di Sulawesi kini 68 orang

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 68 orang terkorban dan ribuan lagi terpaksa berpindah selepas banjir dan tanah runtuh melanda pulau Sulawesi Indonesia, kata seorang pegawai hari ini.

Kira-kira 6,700 penduduk di 14 daerah dipindahkan dan kini tinggal di pusat perlindungan sementara, sekolah, khemah atau masjid.

Jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat dua kali ganda berbanding semalam selepas pegawai pencegahan bencana berupaya mendapat akses ke daerah terpencil dan mengemas kini angkanya. Enam orang masih diisytiharkan hilang selepas bencana.

“Ramai penduduk beransur-ansur pulang ke rumah dan membersihkan rumah kerana hujan tidak lagi lebat,” kata ketua agensi pencegahan bencana tempatan dikenali Syamsibar.

Daerah Gowa paling teruk terjejas dengan sekurang-kurangnya 45 maut. -AFP

Penyelamat Indonesia membaiki jambatan di Gowa susulan banjir dan tanah runtuh di Sulawesi. -Foto AFP
Penyelamat Indonesia membaiki jambatan di Gowa susulan banjir dan tanah runtuh di Sulawesi. -Foto AFP

Berita Harian X