Sabtu, 29 September 2018 | 9:32am

30 maut gempa bumi, tsunami di Sulawesi

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 30 maut apabila gempa bumi disusuli tsunami melanda Palu di pulau Sulawesi, Indonesia, semalam.

Angka kematian itu dilaporkan oleh Metro TV yang memetik pihak hospital tempatan.

Dalam video yang dirakamkan malam tadi, doktor Komang Adi Sujendra, berkata 30 penduduk terkorban dan sudah dibawa ke hospital, lokasi beliau bertugas.

Komang berkata, 12 lagi mangsa yang cedera memerlukan pembedahan ortopedik.

Ketika ini, pihak berkuasa berdepan cabaran untuk menyelaras usaha menyelamat kerana gempa bumi berukuran 7.5 magnitud yang melanda semalam, menyebabkan bekalan elektrik di seluruh Palu terputus.

Ia turut menjejaskan sistem komunikasi di Palu dan bandar perikanan Donggala, yang terletak kira-kira 27 kilometer dari pusat gempa.

Walaupun, pihak berkuasa masih belum menyatakan jumlah kematian akibat insiden itu, namun setakat semalam, mereka mengesahkan beberapa mangsa terkorban akibat terperangkap dalam bangunan yang runtuh. - Reuters

Foto disediakan Lembaga Kebangsaan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) menunjukkan seorang budak lelaki berjalan di depan sebuah rumah yang runtuh setelah gempa bumi 6.1 magnitud yang melanda Donggala, Sulawesi Tengah, Indonesia. - Foto EPA

Berita Harian X