Sabtu, 7 Julai 2018 | 6:33pm
AHLI keluarga mangsa bot karam di Phuket. - Foto REUTERS
AHLI keluarga mangsa bot karam di Phuket. - Foto REUTERS

Bilik mayat tak cukup ruang

PHUKET: Bilik mayat hospital di sini kehabisan ruang susulan tragedi sekurang-kurangnya 39 dilaporkan terbunuh dalam nahas bot karam, kata pihak berkuasa hari ini.

Proses mengenal pasti identiti mangsa dilakukan oleh ahli keluarga yang mulai tiba di pulau peranginan itu.

Pasukan penyelamat menyambung usaha mencari baki 18 penumpang bot Phoenix yang karam, kelmarin.

Bot berkenaan membawa 93 pelancong China dan 12 kru Thailand serta pemandu pelancong, dalam apa yang disifatkan sebagai antara nahas terburuk pernah berlaku di negara terbabit.

Seramai 38 mangsa disahkan terbunuh manakala 49 dapat diselamatkan, kata pegawai.

Ambulans mengeluarkan mayat di hospital di timur Phuket yang menerima paling banyak mangsa.

Sebahagian daripada mayat mangsa ditempatkan di bilik mayat sementara membabitkan dua bekas yang disejukkan. - Reuters

Berita Harian X