Jumaat, 6 Julai 2018 | 3:14am
ANGGOTA penyelamat dan paramedik mengusung seorang mangsa bot karam di Phuket. - Foto AFP
ANGGOTA penyelamat dan paramedik mengusung seorang mangsa bot karam di Phuket. - Foto AFP

53 hilang, seorang maut bot karam di Phuket

PHUKET: Seorang lelaki maut dan puluhan pelancong China masih hilang, selepas sebuah bot karam, ketika keadaan angin kuat yang menyebabkan laut bergelora di pulau peranginan Thailand di Phuket, kata pihak berkuasa, semalam sambil mengesahkan misi menyelamat ditangguhkan tadi.

Bot dinamakan 'Phoenix' itu sedang membawa kira-kira 90 penumpang, ketika nahas yang menyebabkannya terbalik akibat ombak besar. Pasukan penyelamat berdepan kesukaran menggerakkan usaha mencari mangsa.

Mayat seorang lelaki memakai jaket keselamatan dengan logo bot Phoenix berjaya ditemui di laut, sebentar tadi.

Rakaman langsung di laman Facebook perhubungan awam Phuket menunjukkan mayat dibawa ke pantai. Mangsa ditemui berhampiran gugusan kepulauan di pesisir Phuket.

"Seramai 53 mangsa hilang. Kami menghentikan misi mencari dan menyelamat. Kami akan kembali beroperasi esok pagi," kata Gabenor selatan Phuket, Noraphat Plodthong. - AFP

Berita Harian X