Sabtu, 26 March 2022 | 7:00pm
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong (kiri) dan Presiden AS, Joe Biden bertemu di luar Sidang Kemuncak G20 di Rom, Itali, pada 31 Oktober 2021. - Foto AGENSI
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong (kiri) dan Presiden AS, Joe Biden bertemu di luar Sidang Kemuncak G20 di Rom, Itali, pada 31 Oktober 2021. - Foto AGENSI

Biden bertemu PM Singapura Selasa ini

WASHINGTON: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, akan bertemu Presiden Joe Biden di Rumah Putih Selasa ini, bagi membincangkan isu keselamatan Asia dan tindak balas terhadap perang Russia terhadap Ukraine.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Jen Psaki dalam kenyataan berkata, pertemuan Biden dan Hsien Loong dijadual berlangsung 29 Mac ini.

"Kedua-dua pemimpin akan menegaskan semula kepentingan Perkongsian Strategik AS-Singapura. Presiden akan mengkaji semula usaha memastikan Indo-Pasifik bebas, terbuka dan membincangkan perang tidak wajar Russia terhadap Ukraine," katanya.

Katanya, mereka juga akan membincangkan kempen diketuai AS untuk menolak pengembangan China ke perairan dipertikai dan laluan laut antarabangsa di Pasifik, perubahan iklim, masalah rantaian bekalan dan situasi di Myanmar.

Singapura, Februari lalu mengumumkan menyertai kuasa pro-Barat lain dalam mengenakan sekatan ke atas Russia, termasuk menyekat transaksi kewangan.

Republik itu jarang mengenakan sekatan ke atas negara lain tanpa keputusan daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Menteri Luar, Vivian Balakrishnan, berkata krisis akibat pencerobohan Russia sebagai keutamaan tidak pernah berlaku sebelum ini. - AFP

Berita Harian X