Isnin, 7 Februari 2022 | 7:51am
Seorang lelaki melintasi kain rentang menggalakkan orang ramai mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, yang dipasang pada pejabat serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Washington DC, Amerika Syarikat. - Foto AFP
Seorang lelaki melintasi kain rentang menggalakkan orang ramai mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, yang dipasang pada pejabat serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Washington DC, Amerika Syarikat. - Foto AFP

Jangkitan global COVID-19 melepasi 395 juta kes, lebih 5.75 juta maut

WASHINGTON: Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 395 juta berikutan pertambahan 2.09 juta kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Data terbaru Universiti Johns Hopkins menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 78 juta kes.

Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 42 juta kes dan 26 juta kes manakala Perancis menjadi negara terbaru melepasi angka 20 juta kes.

United Kingdom (UK), Turki dan Russia pula melepasi angka 12 juta kes manakala Itali dan Jerman 11 juta kes, disusuli Sepanyol dengan lebih 10 juta kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 4.4 juta jangkitan.

Diikuti Filipina melebihi 3.6 juta, Malaysia 2.9 juta dan Thailand dengan 2.4 juta kes manakala Singapura mencatat kes positif melebihi 390,000 mangsa.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.75 juta.

Berdasarkan data Universiti Johns Hopkins, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 925,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 632,000 kes, India lebih 502,000 kes, dan Rusia lebih 335,000 kes, sementara Mexico mencatat lebih 309,000 kematian.

UK, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian manakala Sepanyol merekodkan angka korban melebihi 94,000 kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 144,000 kes korban, Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 54,000 diikuti Malaysia dengan 32,000 kes manakala Thailand merekodkan lebih 22,000 korban.

Sementara itu, jumlah dos vaksin COVID-19 yang didaftar atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi tadi berjumlah lebih 10.04 bilion.

menurut data Universiti Johns Hopkins, China masih mendahului dengan lebih tiga bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan, diikuti India dengan lebih 1.69 bilion dos dan AS dengan lebih 540 juta dos vaksin.

Brazil mencatat lebih 368 juta dos didaftarkan, sementara Jepun melebihi 207 juta.

Turki, Jerman dan Mexico mencatat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan mendaftarkan lebih 323 juta dos.

Ini diikuti Filipina dengan 128 juta dos dan Thailand melebihi 116 juta dos manakala Malaysia pula lebih 63 juta dos, disusuli Singapura dengan melepasi 12 juta dos vaksin sudah didaftarkan. - AGENSI

Berita Harian X