Ahad, 19 September 2021 | 9:48pm
Antara bangkai burung yang maut selepas merempuh bangunan WTC di New York, Amerika Syarikat. - Foto ihsan Melissa Breyer
Antara bangkai burung yang maut selepas merempuh bangunan WTC di New York, Amerika Syarikat. - Foto ihsan Melissa Breyer

Misteri ratusan burung mati rempuh WTC

NEW YORK: Ratusan burung di bandar raya ini menemui ajal ketika terbang selepas merempuh bangunan One World Trade Center (WTC) sejak beberapa hari lalu.

Seorang sukarelawan yang memantau tragedi itu, Melissa Breyer, mendakwa lebih 291 ekor unggas itu ditemui mati di sekitar bangunan berkenaan sejak Selasa lalu.

Breyer dilaporkan mengutip 225 bangkai burung kecil yang jatuh di sekitar kawasan pejalan kaki di bangunan itu, kebanyakannya spesies burung pipit.

Bangunan One World Trade Center (WTC).
Bangunan One World Trade Center (WTC).

Selain itu, 30 ekor burung ditemui masih hidup selepas merempuh dinding kaca bangunan berkenaan tetapi memerlukan rawatan dan dihantar ke pusat pemuliharaan hidupan liar.

Burung-burung yang mati itu dipercayai tertarik kepada lampu-lampu yang dibiarkan terpasang di tingkat tinggi tetapi tidak dapat melihat dinding kaca bangunan itu.

Lampu dan pantulan cahaya pada kaca di bangunan setinggi lebih 540 meter itu menyebabkan burung berkenaan keliru lalu merempuhnya. - AGENSI

Berita Harian X