Khamis, 8 April 2021 | 8:25am
Orang ramai beratur bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di La Arena Saltillo, utara Coahuila, Mexico. - Foto EPA
Orang ramai beratur bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di La Arena Saltillo, utara Coahuila, Mexico. - Foto EPA

Menyamar warga tua untuk dapatkan vaksin COVID-19

MEXICO CITY: Dua lelaki Mexico berusia 30-an berjaya mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dengan menyamar sebagai warga tua tetapi kemudian berjaya dikesan kakitangan pusat suntikan.

Menurut pejabat datuk bandar, mereka menyapu pewarna putih pada rambut dan kening serta memakai pelindung muka sebelum mengunjungi pusat vaksinasi bagi mereka berusia lebih 60 tahun

Mereka juga mengemukakan dokumen pengenalan palsu dan menerima suntikan tetapi muslihat mereka terbongkar apabila terpaksa bercakap dengan kakitangan pusat perubatan itu.

Portal berita UNOTV memetik kenyataan kakitangan awam di Mexico City, Cristina Cruz, yang berkata rakan sekerjanya mendapati mereka tidak bersuara seperti orang tua.

Tambah beliau, individu yang menyamar itu boleh dituduh kerana mencuri identiti orang lain.

Negara dengan 126 juta penduduk itu berada di tempat ketiga di dunia dari segi jangkitan COVID-19 dan sudah melakukan sintikan hampir 10 juta dos vaksin kepada pekerja kesihatan dan warga tua. - AFP

Berita Harian X