Khamis, 25 Februari 2021 | 7:25am
Paparan panorama menunjukkan jurang Kawah Jezero yang menjadi lokasi pendaratan peninjau minggu lalu. - Foto AFP
Paparan panorama menunjukkan jurang Kawah Jezero yang menjadi lokasi pendaratan peninjau minggu lalu. - Foto AFP

NASA terbitkan gambar panorama Marikh

WASHINGTON: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) menerbitkan paparan panorama menakjubkan tapak pendaratan Perseverance di planet Marikh, semalam.

Paparan panorama itu menunjukkan jurang Kawah Jezero yang menjadi lokasi pendaratan peninjau itu minggu lalu, selain tebing delta sungai lampau.

Ia diambil dengan memutarkan tiang peninjau itu 360 darjah, yang dilengkapi kamera berkembar dan boleh mengambil video dan gambar berdefinisi tinggi.

Paparan panorama itu membabitkan 142 gambar berasingan yang digabungkan bersama di bumi, kata NASA.

Pemandangan Kawah Jezero yang dirakamkan NASA di Marikh. - Foto AFP
Pemandangan Kawah Jezero yang dirakamkan NASA di Marikh. - Foto AFP

Kamera peninjau ini akan membantu saintis menilai sejarah geologi dan keadaan atmosfera Kawah Jezero. - Foto AFP
Kamera peninjau ini akan membantu saintis menilai sejarah geologi dan keadaan atmosfera Kawah Jezero. - Foto AFP

Paparan diambil dengan memutarkan tiang peninjau itu 360 darjah, yang dilengkapi kamera berkembar dan boleh mengambil video dan gambar berdefinisi tinggi. - Foto AFP
Paparan diambil dengan memutarkan tiang peninjau itu 360 darjah, yang dilengkapi kamera berkembar dan boleh mengambil video dan gambar berdefinisi tinggi. - Foto AFP

"Kami berada di lokasi yang baik, di mana boleh dilihat pelbagai ciri-ciri Marikh yang sama dengan ciri yang ditemui oleh peninjau Spirit, Opportunity, dan Curiosity di tapak pendaratan masing-masing," kata pakar dari Fakulti Penerokaan Bumi dan Angkasa Lepas Arizona State University, Jim Bell.

Spirit, Opportunity dan Curiosity adalah misi terdahulu ke Marikh.

NASA memaklumkan, kamera peninjau itu akan membantu saintis menilai sejarah geologi dan keadaan atmosfera Kawah Jezero serta mengenal pasti batuan dan mendapan yang sesuai diteliti dan dikumpul untuk di bawa pulang ke bumi.

Isnin lalu, NASA menerbitkan audio pertama dari Marikh, membabitkan rakaman desiran angin secara samar yang dirakam oleh mikrofon pada Perseverance.

NASA turut menerbitkan video pendaratan peninjau itu, yang kini memulakan misi mencari kesan-kesan kehidupan lampau di Marikh. - AFP

Berita Harian X