Sabtu, 5 Disember 2020 | 12:07pm
Sekurang-kurangnya 10 pekerja terperangkap dalam runtuhan lombong Nicaragua. - Foto Media sosial
Sekurang-kurangnya 10 pekerja terperangkap dalam runtuhan lombong Nicaragua. - Foto Media sosial

10 terperangkap dalam runtuhan lombong

MANAGUA: Tanah runtuh di lombong emas tidak berlesen di Nicaragua memerangkap sekurang-kurangnya 10 pekerja semalam, lapor media kerajaan.

Petugas kini memulakan usaha untuk menyelamatkan pelombong selepas kemalangan di wilayah La Esperanza di selatan Nicaragua.

Naib Presiden Rosario Murillo, yang juga jurucakap kerajaan tidak menyatakan berapa ramai pelombong yang berada di terowong lombong ketika ia runtuh atau jika ada kematian.

"Kami harap tidak ada berita buruk," katanya, menurut laman berita pemerintah, El 19 Digital.

Akhbar bebas La Prensa memetik saksi, mengatakan sekurang-kurangnya 15 orang terperangkap di lombong.

Di Nicaragua, kira-kira 3,000 orang bekerja di lombong tidak berlesen. - AFP

Berita Harian X