Sabtu, 28 November 2020 | 1:49pm
Presiden AS yang dipilih, Joe Biden, kini sudah jauh mendahului Presiden AS, Donald Trump, dalam pilihan raya presiden negara itu. - Foto AFP
Presiden AS yang dipilih, Joe Biden, kini sudah jauh mendahului Presiden AS, Donald Trump, dalam pilihan raya presiden negara itu. - Foto AFP

Undi Biden di Wisconsin bertambah selepas kiraan semula

LOS ANGELES : Kiraan semula undian pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) di Wisconsin seperti dimahukan Presiden AS, Donald Trump, menyaksikan pesaingnya, Joe Biden dari Parti Demokrat meraih lebih undi.

Selepas pengiraan semula di Milwaukee County, Biden memperoleh tambahan sebanyak 130 undi.

Ia menjadikan keseluruhan undi diperoleh Biden adalah sebanyak 257 undi, manakala Trump mendapat 125 undi.

Trump menuntut pengiraan semula di dua daerah di Wisconsin yang memiliki penduduk paling ramai dengan majoritinya menyokong parti Demokrat, dalam proses yang memerlukan kem Trump membelanjakan AS$3 juta.

Selepas Wisconsin 'jatuh' ke tangan Biden yang memperoleh lebih 20,000 undi, Dane Country dijangka akan selesai melakukan pengiraan semula esok.

Secara keseluruhan, Biden memenangi pilihan raya presdien pada 3 November lalu dengan meraih 306 undi elektoral, melebihi 270 undi minimum diperlukan untuk kemenangan manakala Trump memperoleh 232 undi.

Biden juga mendahului dengan lebih enam juta undi popular.

Selepas pengiraan berakhir, kerani Milwaukee County, George Christenson, berkata pengiraan semula membuktikan apa yang sudah ketahui iaitu pilihan raya di Milwaukee County adalah adil, telus, tepat dan selamat.

Bagaimanapun, Trump dalam kempennya, masih berharap untuk mencabar keputusan di Wisconsin di mahkamah tetapi masa tidak mencukupi berikutan negeri itu dijangka mengesahkan keputusan terbabit Selasa ini. - AGENSI

Berita Harian X