Ahad, 9 Ogos 2020 | 11:14am
Gambar file. - Foto AFP
Gambar file. - Foto AFP

Twitter, TikTok bincang untuk bergabung: WSJ

NEW YORK: Twitter sedang dalam perbincangan awal untuk bergabung dengan TikTok, lapor Wall Street Journal pada Sabtu, selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mahu menyekat penggunaan aplikasi milik China itu di negara itu.

Trump pada Khamis memberitahu bahawa aplikasi video TikTok dan rangkaian sosial WeChat yang popular sebagai mengancam keselamatan negara, dasar luar negeri, dan ekonomi Amerika Syarikat.

Dalam perintah eksekutif, Trump memberi tempoh 45 hari kepada rakyatnya untuk berhenti berniaga menggunakan platform media sosial itu, dan menetapkan tarikh akhir penjualan TikTok oleh syarikat induknya, ByteDance.

Beliau juga meminta sebahagian daripada jualan itu dimasukkan ke Jabatan Perbendaharaan AS.

Microsoft yang menjadi penyokong utama TikTok, mengatakan bahawa pihaknya sedang dalam perbincangan untuk membeli operasi syarikat AS, Kanada, Australia dan New Zealand.

The Financial Times pula melaporkan pada Khamis, bahawa Microsoft sudah memanjangkan rundingan dan kini mengejar keseluruhan operasi global aplikasi berkenaan.

Sebagai syarikat yang lebih kecil, Twitter akan mempunyai tawaran jangka panjang untuk TikTok, tetapi platform media sosial percaya bahawa ia akan berada di bawah pemeriksaan anti-monopoli daripada syarikat besar seperti Microsoft, kata WSJ, memetik orang yang biasa dengan perbincangan tersebut.

Twitter, bagaimanapun, memerlukan sokongan daripada pelabur lain bagi melengkapkan gabungan itu. - AFP

Berita Harian X