Jumaat, 7 Ogos 2020 | 11:40am
Kelab persendirian Presiden Donald Trump, Mar-a-Lago. - Foto AFP
Kelab persendirian Presiden Donald Trump, Mar-a-Lago. - Foto AFP

3 ditahan ceroboh kelab persendirian Trump, Mar-a-Lago

WASHINGTON: Tiga remaja lelaki berusia 15 tahun di Florida, Amerika Syarikat (AS) ditahan kerana menceroboh kawasan persendirian Presiden Donald Trump, lapor media tempatan semalam.

Remaja berkenaan memanjat tembok kawasan Mar-a-Lago dengan membawa beg galas berisi raifal, dan ditahan pada Jumaat, 31 Julai lalu, lapor agensi berita Xinhua memetik jurucakap Polis Palm Beach Michael Ogrodnick.

"Mereka bernasib baik presiden dan ahli keluarganya tiada di pusat peranginan itu ketika kejadian jika tidak, ejen Perkhidmatan Rahsia sudah menembak mereka," kata Ogrodnick.

Beliau berkata, pegawai polis mengepung pusat peranginan itu dan helikopter serta anjing polis digunakan untuk membantu operasi mencari, kata Ogrodnick.

Remaja berkenaan didakwa menceroboh dan mencuri dengan bersenjata api, menurut CBS. - BERNAMA

Berita Harian X