Isnin, 3 Ogos 2020 | 4:28pm
(FILES) In this file photo taken on May 27, 2020 (FILES) This file illustration photo taken on May 27, 2020 This illustration picture shows the logo of the social network application Tik Tok on the screen of a phone. - President Donald Trump is days away from announcing strong action against the popular Chinese-owned video sharing app TikTok to protect US national security, Secretary of State Mike Pompeo said August 2, 2020. (Photo by Martin BUREAU / AFP)

Microsoft akan teruskan rundingan pembelian TikTok

WASHINGTON: Microsoft mengumumkan akan meneruskan perbincangan dengan Amerika Syarikat (AS) untuk memperoleh aplikasi perkongsian video popular TikTok selepas bertemu dengan Presiden AS, Donald Trump yang dilihat seperti tidak lagi mengugut dan melarang platform dimiliki China itu.

"Selepas perbualan antara CEO Microsoft, Satya Nadella dan Presiden Donald Trump, Microsoft bersedia melanjutkan perbincangan untuk pembelian TikTok di AS," menurut kenyataan syarikat itu yang turut mengakui pentingnya mengetahui keprihatinan presiden berkaitan keselamatan negara.

Microsoft juga akan meneruskan rundingan dengan ByteDance, syarikat induk TikTok dari China untuk menyelesaikan perbincangan selewat-lewatnya pada 15 September ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Trump mengatakan bahawa beliau akan melarang aplikasi itu yang sangat popular dalam kalangan penonton muda dan dianggarkan mempunyai satu bilion pengguna di seluruh dunia.

Sementara itu, Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin, berkata TikTok harus dijual atau disekat di AS.

Setiausaha Negara, Mike Pompeo berkata presiden akan mengambil tindakan ekoran pelbagai risiko keselamatan negara yang ditawarkan oleh perisian yang disambungkan ke Parti Komunis China.

TikTok menyangkal ia menjadi alat untuk perisikan China dan Pengurus Besar AS, Vanessa Pappas, berkata, mereka tidak merancang untuk pergi ke mana pun.

Trump berkata, beliau akan menggunakan perintah eksekutif untuk melarang TikTok atau Undang-Undang Kuasa Ekonomi Darurat Antarabangsa yang memberi kuasa kepada presiden untuk mengatur perdagangan antarabangsa dalam menghadapi ancaman luar biasa dari luar negara terhadap dasar luar AS, keamanan nasional atau ekonomi.

Membeli TikTok akan memberi Microsoft peluang untuk masuk ke pasaran rangkaian sosial. - AFP

Berita Harian X