Jumaat, 31 Julai 2020 | 12:05pm
Wanita pertama Brazil, Michelle Bolsonaro.
Wanita pertama Brazil, Michelle Bolsonaro.

Wanita pertama Brazil positif COVID-19

BRASILLIA: Wanita pertama Brazil, Michelle Bolsonaro, disahkan positif COVID-19 semalam, selepas suaminya, Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, menjalani kuarantin selama dua minggu.

Pengumuman itu dibuat lima hari selepas Bolsonaro memaklumkan disahkan negatif bagi virus itu dan kembali menjalakan tugas seperti biasa.

Menurut kenyataan pejabat presiden, Michelle Bolsonaro, 38, bearad dalam keadaan baik dan akan mematuhi semua protokol sedia ada.

Bolsonaro, 65, dikritik hebat kerana caranya mengendalikan krisis COVID-19 dengan Brazil kini menjadi negara kedua paling terjejas akibat virus itu di dunia dengan 2,613,789 jangkitan dan 91,377 kematian setakat hari ini.

Secara global, pandemik itu sudah menjangkiti 17,453,103 mangsa termasuk 675,757 kematian di 213 negara dan wilayah. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X