Khamis, 23 Julai 2020 | 8:59am
Presiden Brazil, Jair Bolsonaro bertemu dengan penyokongnya di kediaman rasminya di Alvorada Palace, Brasilia. - Foto AFP
Presiden Brazil, Jair Bolsonaro bertemu dengan penyokongnya di kediaman rasminya di Alvorada Palace, Brasilia. - Foto AFP

Presiden Brazil masih positif COVID-19, ujian kali ketiga

BRASILIA: Presiden Brazil, Jair Bolsonaro sekali lagi diuji positif CIVID-19 dan memanjangkan tempoh kuarantinnnya dan menangguhkan semua rancangan perjalanannya.

Ia adalah ujian positif kali ketiga, yang dilakukan pada Selasa namun, beliau "dalam keadaan baik."

Pemimpin sayap kanan itu sebelum ini berdepan kritikan berikutan tidak bertindak baik dalam menangani pandemik dan tidak mengamalkan penjarakan sosial, sudah mengasingkan diri di kediamannya di Brasilia sejak pertama kali diuji positif pada 7 Julai lalu.

"Kesihatan Presiden Jair Bolsonaro menunjukkan peningkatan di bawah rawatan pasukan perubatan tetapi ujian semalam menunjukkan beliau kembali positif," menurut kenyataan rasmi pejabatnya.

Bolsonaro, 65, sebelum ini membandingkan virus itu dengan selesema kecil dan tidak senang dengan arahan duduk di rumah serta amalan kebersihan lain oleh pegawai kesihatan, sehinggalah beliau diserang virus itu berikutan berjumpa dengan penyokongnya.

Sebelum dijangkiti virus itu, beliau selalu turun padang bertemu penyokongnya tanpa memakai pelitup muka, bersalaman dan berpelukan selain mendesak rakyat negara terbesar di Amerika Latin itu bekerja seperti biasa.

Sejak itu, beliau hanya menjalankan rutin urusan pekerjaan menerusi sidang video di kediamannya, Alvorada Palace dan terus menangguhkan sebarang perjalanan ke negeri timur laut, Piaui dan Bahia.

Ahad lalu, Bolsonaro berjumpa dengan penyokong di kediamannya tanpa melakukan penjarakan sosial, tidak memakai pelitup muka ketika memegang sekotak hidroksiklorokuin, ubat anti-malaria yang diambilnya bagi melawan jangkitan itu.

Brazil antara negara yang paling terjejas selepas Amerika Syarikat dengan mencatatkan hampir 2.2 juta jangkitan dan lebih daripada 80,000 kematian. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X