BRASILIA: Presiden Brazil, Jair Bolsonaro hari ini mengumumkan beliau disahkan positif coronavirus.
Namun, beliau memaklumkan dirinya 'dalam keadaan baik' dan hanya memiliki gejala ringan.
Pemimpin sayap kanan itu mencetuskan kontroversi di Brazil apabila berulang kali melanggar langkah pencegahan dan memperkecil risiko virus itu.
COVID-19 sudah meragut 65,000 nyawa di Brazil dan menjangkiti 1.6 juta orang. - AFP