Sabtu, 6 Jun 2020 | 1:34pm
Gambar fail: Presiden Brazil, Jair Bolsonaro
Gambar fail: Presiden Brazil, Jair Bolsonaro

Bolsonaro ugut keluarkan Brazil dari WHO

RIO DE JANEIRO: Presiden Brazil, Jair Bolsonaro mengancam untuk menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekali gus ia akan mengikuti langkah Donald Trump.

Beliau turut menuduh pertubuhan itu mengamalkan 'idealogi bias'.

"Saya beritahu anda sekarang, Amerika Syarikat (AS) sudah meninggalkan WHO dan kami mengkaji untuk melakukan perkara itu di masa hadapan.

"Jika WHO tidak meninggalkan ideologi bias atau kami yang akan meninggalkan kamu juga," katanya kepada wartawan.

Walaupun menggelar presiden AS sebagai 'Tropical Trump', Bolsonaro dilihat kerap mengikut skrip serupa yang dilakukan Donald Trump dalam menangani pandemik COVID-19, iaitu meremehkan wabak, mengkritik tindakan duduk di rumah oleh kerajaan tempatan serta menyelar penggunaan ubat chloroquine dan hydroxychloroquine.

Minggu lalu, Trump mengumumkan negara itu tidak lagi mempunyai hubungan dengan WHO dan menuduh persatuan bias terhadap China.

Bolsonaro juga tidak terkecuali beberapa hari lalu apabila WHO membuat keputusan untuk menggantung ujian klinikal hydroxychloroquine bgi COVID-19.

WHO menggantung ujian penggunaan dadah itu selepas kajian yang dilakukan bimbang terhadap keselamatan dan keberkesanannya terhadap COVID-19.

Ia sekali gus menjengkelkan Trump yang mengakui menggunakan hydroxychloroquine sebagai langkah berjaga-jaga.

Khamis lalu, penulis kajian yang muncul di The Lancet dan Journal Perubatan New England terpaksa membatalkan hasil kerja mereka, apabila firma yang menyokong mereka enggan melakukan audit.

WHO ketika ini menyambung ujian dadah itu, yang biasanya digunakan untuk menentang bagi penyakit auto imun dan malaria.

Bolsonaro turut mengecam WHO dengan mendakwa pertubuhan itu kerugian lebih AS$400 juta (RM1.7 trilion) daripada dana terbesar AS.

"Trump memotong dana dan mereka terkebelakang semula. Chloroquine kembali semula," katanya yang mengeluarkan kenyataan selepas Bazil mengumumkan kadar kematian akibat pandemik COVID-19 mencecah lebih 35,000.

Brazil ketika ini menduduki tangga ketiga kematian tertinggi selepas AS dan Britain, malah negara itu mengesahkan menerima kes sebanyak 645,000 dan pakar menjangkakan jumlah itu lebih tinggi. - AFP

Berita Harian X