Ahad, 17 Mei 2020 | 4:19pm
Fred Willard - Foto AFP
Fred Willard - Foto AFP

Penghibur komedi Fred Willard meninggal dunia

LOS ANGELES: Penghibur komedi terkenal Amerika Syarikat (AS), Fred Willard yang memenangi empat kali anugerah Emmy, menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 86 tahun.

Berita mengenai pemergian bintang filem 'Anchorman' dan 'This is Spinal Tap' serta rancangan televisyen 'Modern Family' itu dikongsikan ejennya, semalam.

Pemergiannya itu menyusul dua lagenda seni lain, masing-masing seorang penyanyi, Little Richard dan rakan komedinya, Jerry Stiller, yang juga meninggal dunia dalam bulan ini.

Willard sebelum ini dilaporkan berkongsi kesedihan kehilangan teman rapat di Twitter pada 11 Mei lalu, menceritakan mendiang seorang yang baik.

"Dia adalah kawan baik dan lelaki yang sangat kelakar. Saya mengenali sejak 1960-an ketika berada dalam kelab sama iaitu 'The Village dan 'Anne Meara'," katanya.

Willard menjayakan pelbagai watak antaranya Hank MacDougall, kemudian pada siri televisyen, 'Back to You' yang menjadi tayangan perdana Saluran Fox pada 2007.

The Pacific Pioneer Broadcasters memberi Anugerah Pencapaian Kerjaya Seni Gilmore kepada Willard pada majlis makan tengahari selebriti mereka pada tahun 2015.

Ejennya, Mike Eisenstadt tidak menyatakan punca kematian Willard, atau di mana beliau ketika ini. - AFP

Berita Harian X