Jumaat, 10 April 2020 | 8:56pm
Biden berjanji akan memilih seorang wanita sebagai gandingannya. - Foto AFP
Biden berjanji akan memilih seorang wanita sebagai gandingannya. - Foto AFP

Biden dijangka pilih wanita sebagai gandingan

WASHINGTON: Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Demokrat, Joe Biden berjanji akan memilih seorang wanita sebagai gandingannya, bagi menentang Donald Trump pada pilihan raya negara itu, November depan.

Setelah Bernie Sanders mengumumkan tidak lagi meneruskan ‘perlawanan’ itu, sekarang ini perhatian ditumpukan kepada pilihan Biden untuk bergerak ke depan.

Adakah calon wanita yang akan dipilih nanti seorang yang lebih muda daripada Biden yang berusia 77 tahun? Seorang minoriti? Seorang yang boleh membantu pengundi?

Pada dua kali pilihan raya sebelumnya, golongan wanita mempelopori calon Naib Presiden dalam parti politik AS.

Calon Presiden AS 2008 dari Parti Republikan, John McCain pernah memilih Gabenor Alaska, Sarah Palin sebagai ‘pembantunya’ ketika kempen pilihan raya negara itu.

Walter Mondale dari Parti Demokrat juga pernah memilih Ahli Kongres New York, Geraldine Ferraro pada 1984.

McCain dan Mondale, masing-masing tewas dalah pilihan raya umum di negara itu.

Biden berkata, beliau akan memulakan pencarian untuk calon Naib Presiden seawal-awal sebelum akhir bulan ini dan sudah mempunyai senarai pendek dalam 12 hingga 15 nama.

Beliau turut meminta nasihat daripada bekas Presiden AS, Barrack Obama yang menyuruhkan untuk mencari seseorang yang mempunyai kekuatan yang menggambarkan kelemahan beliau.

ntara wanita yang menjadi pilihan Biden antaranya Kamala Harris, seorang senator baru dari California.

Harris, 55 tahun bekas Peguam Negara California yang ketika ini sedang dipertimbangkan sebagai pilihan pertama Biden untuk mengisi calon Naib Presiden.

Harris berketurnan Jamaica dan India mempunyai kelebihan untuk meraih undi dan sokongan pengundi berkulit hitam di AS.

Pilihan kedua Elizabeth Warren yang juga seorang senator kanan dari Massachusetts. Wanita itu pernah menolak untuk menyokong sama ada Biden atau pun Sanders.

Wanita berusia 70 tahun itu seorang pengubal undang-undang progresif yang memungkinkan dipilih menjadi pilihan Biden sebagai calon Naib Presiden kerana mampu menarik sokongan penyokong Sanders dalam pilhan raya pada November depan.

Calon ketiga pula ialah Amy Klobuchar juga senator kanan daripada Minnesota. Berusia 59 tahun dan pernah melepaskan sebagai calon Parti Demokrat pada awal Mac lalu.

Calon keempat adalah Stacy Abrams, 46, bekas wakil Georgia House. Pada 2016, beliau hampir tewas dalam pilihan raya Gabenor Negeri di AS untuk melayakkannya menjadi gabenor kulit hitam pertama.

Abrams seorang ahli politik berketurunan Amerika-Afrika. Meskipun tiada pengalaman pada peringkat kebangsaan, beliau ada pilihan popular dalam kalangan pengundi kulit hitam.

Berita Harian X