Selasa, 31 March 2020 | 6:51pm
Kapal perubatan tentera laut AS, USNS Comfort, melepasi Statue of Liberty di Sungai Hudson, menuju ke New York bagi membantu usaha memerangi wabak COVID-19. - Foto AFP
Kapal perubatan tentera laut AS, USNS Comfort, melepasi Statue of Liberty di Sungai Hudson, menuju ke New York bagi membantu usaha memerangi wabak COVID-19. - Foto AFP

COVID-19: Kapal hospital tentera tiba di New York

NEW YORK: Sebuah kapal hospital tentera, USNS Comfort, tiba di pelabuhan New York untuk membantu kerajaan Amerika Syarikat (AS) menangani wabak COVID-19, yang sudah meragut lebih 3,000 nyawa di negara ini.

Kapal tentera yang mampu memuatkan 1,000 buah katil tiba di Manhattan sejurus kerajaan AS mengeluarkan perintah jangan keluar rumah terhadap penduduknya.

Kapal sepanjang 273 meter yang mempunyai banyak ruang untuk menjalankan pembedahan itu belayar dari Norfolk, Virginia, Sabtu lalu.

Kapal itu sampai sejurus selepas Virginia, Maryland dan Washington menjadi kawasan terbaru mengenakan perintah larangan pergerakan terhadap penduduknya, bermakna sebahagian besar rakyat AS kini berada dalam beberapa fasa berkurung.

Semalam, Trump membatalkan rancangan negara itu beroperasi sepenuhnya menjelang perayaan Easter pada 12 April ini ini dan meneruskan penjarakan sosial sehingga akhir April ini.

Terdahulu, beliau mendengar taklimat pakar sains dan meneliti data mengenai jangkitan serta kematian akibat coronavirus.

Beliau berkata, kadar kematian penduduk AS akan meningkat dalam tempoh dua minggu ini dan menyifatkan pandangan pakar sains kanan, Anthony Fauci, bahawa COVID-19 akan meragut lebih 200,000 nyawa sebagai menakutkan.

Tambah beliau, perkara yang paling menakutkan ketika ini adalah kemampuan hospital dan keperluan perubatan dalam tempoh yang kritikal. - AFP

Berita Harian X