Isnin, 30 March 2020 | 10:41am
seorang pemain papan luncur menghampiri pantai Santa Monica, California yang ditutup bagi membendung penularan wabak COVID-19. - Foto AFP
seorang pemain papan luncur menghampiri pantai Santa Monica, California yang ditutup bagi membendung penularan wabak COVID-19. - Foto AFP

COVID-19: Pakar ramal 200,000 maut akibat Covid-19 di AS

WASHINGTON: Amerika Syarikat mungkin menyaksikan sehingga 200,000 orang maut akibat wabak COVID-19 dan berjuta-juta lagi dijangkiti, kata seorang pegawai penyakit berjangkit pada Ahad.

“Melihat kepada keadaan sekarang, kita dijangka menyaksikan antara 100,000 hingga 200,000 kematian,” kata Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan, Dr Anthony Fauci kepada CNN.

“Kita juga bakal menyaksikan berjuta-juta kes,” lapor agensi berita Anadolu.

Fauci berkata, unjuran berkenaan boleh berubah memandangkan wabak penyakit itu seperti `sasaran bergerak’.

Pada Ahad, sekurang-kurangnya 2,197 orang meninggal dunia dan jumlah jangkitan meningkat kepada 125,300, menurut data Johns Hopkins University.

Kes kematian pertama di AS dilaporkan pada 29 Februari lalu di Washington, kini negeri itu mencatatkan jumlah korban seramai 136 orang. – BERNAMA

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X