Isnin, 30 March 2020 | 7:11am
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada taklimat media di Rumah Putih. - AFP
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada taklimat media di Rumah Putih. - AFP

COVID-19: Angka kematian tertinggi dalam tempoh dua minggu - Trump

WASHINGTON: Presiden Donald Trump pada Ahad mengatakan bahawa kadar kematian tertinggi di Amerika Syarikat akibat pandemik coronavirus (COVID-19) mungkin akan berlaku dalam tempoh dua minggu dan garis panduan penjarakan sosial disambung sehingga 30 April ini.

"Hari Easter harus menjadi angka tertinggi," kata Trump mengenai sambutan itu yang dijadual pada 12 April ini.

"Berdasarkan pengamatan dianggarkan bahawa kenaikan kadar kematian mungkin akan berlaku dalam masa dua minggu," kata Trump lagi semasa taklimat di Rumah Putih.

Trump berkata, beliau memperluaskan garis panduan penjarakan sosial kerajaan sehingga 30 April untuk melambatkan penyebaran virus itu, yang telah menjangkiti hampir 140,000 di Amerika Syarikat dan mengakibatkan lebih daripada 2,400 kematian.

"Tidak ada yang lebih buruk daripada mengisytiharkan kemenangan sebelum kemenangan dimenangi.

"Jadinya, adalah sangat penting setiap orang mengikut garis panduan yang betul," katanya

Trump juga menjangkakan negara itu akan dapat memulakan pemulihan akibat COVID-19 menjelang 1 Jun, lebih lama berbanding sasarannya pada pertengahan April ini.

Justeru, katanya, akan ada pengumuman penting pada Selasa mengenai perancangan dan strategi kerajaan masa hadapan.

"Pada Selasa, kita akan memuktamadkannya dan menyediakan ringkasan penemuan kita, data sokongan dan strategi untuk rakyat Amerika," katanya. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X