Ahad, 29 March 2020 | 6:56am
Bandaraya New York merekodkan bilangan kes terbanyak di Amerika Syarikat. Pihak berkuasa menutup sekolah, premis perniagaan dan pusat tumpuan awam ditutup dan mengadakan operasi sekatan masa operasi bagi membendung penularan COVID-19. - AFP
Bandaraya New York merekodkan bilangan kes terbanyak di Amerika Syarikat. Pihak berkuasa menutup sekolah, premis perniagaan dan pusat tumpuan awam ditutup dan mengadakan operasi sekatan masa operasi bagi membendung penularan COVID-19. - AFP

COVID-19: 2,000 kes kematian di AS

WASHINGTON: Kes kematian akibat akibat coronavirus (COVID-19) di Amerika Syarikat melonjak melepasi 2,000 kes pada Sabtu, dua kali ganda dalam masa tiga hari, menurut satu kajian oleh Johns Hopkins University.

Jumlah kematian pada Sabtu lalu ialah 2,010 kes, kira-kira satu perempat daripada mereka di New York City, wilayah paling teruk di negara ini, lapor Johns Hopkins.

Sepanjang 24 jam lalu, angka kematian di AS ialah 453 kes yang dikaitkan dengan penyakit COVID-19, menyebabkan jumlah keseluruhan kematian negara itu kepada 1,891 kematian sejak pandemik bermula.

AS sejak Khamis lalu telah mencatatkan bilangan kes tertinggi di dunia.

Ia bagaimanapun kurang daripada 10,023 kematian di Itali, 5,812 di Sepanyol, 3,299 di China atau 2,317 di Perancis.

Sehingga petang Sabtu, Universiti Johns Hopkins mencatatkan 115,547 kes di AS. Ini termasuk kenaikan 23 peratus daripada 21,309 kes dicatatkan sehari.

New York adalah pusat wabak COVID-19 di negara itu, dengan lebih daripada 50,000 kes atau kira-kira separuh daripada jumlah kes di seluruh republik itu.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Sabtu berkata, beliau sedang mempertimbangkan meletakkan seluruh negeri di bawah kuarantin.

Gabenor New York, Andrew Cuomo pula memberitahu pemberita bahawa dia tidak berfikir langkah sedemikian boleh dilaksanakan mengikut undang-undang dan tidak tahu apa yang akan dicapai daripada perspektif kesihatan awam. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X