Khamis, 26 March 2020 | 4:53pm

COVID-19: Korban di AS melebihi 1,000 orang

WASHINGTON: Seramai 1,031 orang di Amerika Syarikat (AS) maut akibat COVID-19 setakat ini, dengan jumlah kes disahkan sebanyak 68,572, negara ketiga mencatat kes paling banyak di dunia, lapor agensi berita Anadolu.

Jumlah itu berdasarkan data yang dikumpulkan Universiti Johns Hopkins.

China, mendahului senarai kes tertinggi dengan 81,667 diikuti Itali 74,386.

Kematian pertama dilaporkan di Washington pada 1 Mac.

Pada Selasa, seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, AS bakal muncul sebagai pusat penyebaran wabak COVID-19 terbaru, memandangkan peningkatan kes yang mendadak setiap hari.

New York mencatatkan angka korban teramai iaitu 311 orang, Washington (100) dan New Jersey (44). - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X