Selasa, 24 March 2020 | 9:00am
Orang ramai masih tidak mengendahkan perintah kawalan pergerakan dan bersiar-siar di Venice Beach, California. - Foto AFP
Orang ramai masih tidak mengendahkan perintah kawalan pergerakan dan bersiar-siar di Venice Beach, California. - Foto AFP

COVID-19: California perlukan 50,000 katil hospital

CALIFORNIA: Peningkatan mendadak jumlah pesakit akibat COVID-19 yang dijangka berlaku di negeri ini akan memerlukan penambahan 50,000 katil hospital.

Gabenor California, Gavin Newsom, berkata unjuran komputer itu dibuat berdasarkan kadar jangkitan dan penambahan harian kes disahkan sejak kebelakangan ini.

“Kerajaan negeri memerlukan tambahan katil yang sebahagiannya boleh disediakan hospital tetapi ribuan lagi perlu diperoleh segera sekiranya ramalan penularan penyakit ini menjadi kenyataan.

“Kerajaan juga terpaksa membeli 200 juta pakaian pelindung diri bagi kegunaan doktor dan jururawat mengendalikan kes COVID-19,” katanya pada sidang media semalam.

Tambah beliau, pihaknya juga mengarahkan semua tempat letak kenderaan ditutup berikutan ramai penduduk dilihat berkumpul di taman awam dan pantai pada hujung minggu meskipun penduduk diarahkan tidak keluar rumah rumah. – REUTERS

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X