WASHINGTON: Doktor Rumah Putih semalam mengesahkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, tidak dijangkiti COVID-19.
Trump menjalani saringan kesihatan susulan pertemuannya dengan delegasi Presiden Brazil di sebuah resort milik beliau di Florida, baru-baru ini, di mana beberapa ahli rombongan itu kemudian disahkan positif virus berkenaan.
Doktor kepada Trump, Sean Conley, memaklumkan beliau menerima pengesahan bahawa keputusan saringan kesihatan ke atas Presiden itu adalah negatif, petang semalam.
“Seminggu selepas makan malam bersama delegasi Brazil di Mar-a-Lago, Presiden kekal bebas simptom jangkitan virus itu,” katanya dalam satu memo. - AFP