Khamis, 20 Februari 2020 | 5:30pm
Cid Gomes
Cid Gomes

Senator Brazil ditembak

BRASILIA: Seorang senator haluan kiri Brazil cedera ditembak, semalam, ketika cuba campur tangan dalam mogok diadakan polis tentera di Ceara, menurut satu paparan dalam akaun Twitter rasmi beliau.

Cid Gomes yang juga bekas gabenor negeri itu, kemudian dibawa ke hospital, menurut paparan berkenaan.

Video media sosial menunjukkan beliau yang berada di sebuah jengkaut, cuba untuk menghentikan mogok terbabit.

Keganasan polis di Brazil dilaporkan antara paling dahsyat di dunia, walaupun kebanyakan tumpuan adalah terhadap pembunuhan di negeri seperti Rio de Janeiro. - REUTERS

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X