Ahad, 16 Februari 2020 | 2:31pm
POLIS Costa Rica merampas lima tan kokain dalam kontena. - Foto REUTERS
POLIS Costa Rica merampas lima tan kokain dalam kontena. - Foto REUTERS

Polis Costa Rica rampas dadah lima tan kokain

SAN JOSE: Polis Costa Rica merampas lebih lima tan kokain yang disembunyi dalam kontena dipercayai akan dihantar ke Belanda semalam, sekali gus mencatat rekod rampasan terbesar di negara itu.

Dadah itu disembunyikan dalam kontena yang diisytiharkan sebagai bunga hiasan di Pelabuhan Limon dan akan dihantar ke Rotterdam, kata Menteri Dalam Negeri, Michael Soto Rojas.

Susulan penemuan itu, polis memberkas lelaki tempatan berusia 46 tahun.

Katanya, muatan kontena mencurigakan itu dilihat pada Jumaat lalu sebelum membawa kepada penemuan 202 beg pakaian yang mengandungi 5,048 bungkusan kokain masing-masing seberat satu kilogram.

Amerika Tengah antara satu laluan utama bagi sindiket dadah yang didalangi Amerika Selatan ke pasaran Amerika Syarikat dan Eropah. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X