Ahad, 16 Februari 2020 | 12:12pm
KAPAL persiaran Diamond Princess yang berlabuh di Yokohama, Jepun. - Foto Reuters
KAPAL persiaran Diamond Princess yang berlabuh di Yokohama, Jepun. - Foto Reuters

Kanada pindah rakyatnya dari Diamond Princess

OTTAWA: Kanada menyewa pesawat khas bagi memindahkan rakyatnya dari atas kapal persiaran Diamond Princess yang berlabuh di Yokohama, Jepun.

Kerajaan Kanada dalam kenyataan lewat semalam berkata, bagaimanapun penumpang warga negara itu yang menunjukkan simptom jangkitan coronavirus tidak akan dibenarkan menaiki pesawat berkenaan.

Sebaliknya, mereka akan dipindahkan ke pusat penjagaan kesihatan di Jepun untuk menerima rawatan yang sewajarnya.

Sebaik tiba di Kanada, penumpang perlu melalui proses kuarantin selama 14 hari.

Amerika Syarikat (AS) dan Hong Kong turut menyatakan akan menghantar pesawat ke Jepun untuk membawa pulang rakyat masing-masing dari kapal berkenaan.

Kapal persiaran dimiliki Carnival Copr yang membawa 3,700 penumpang dan kru dikuarantin di Yokohama sejak 3 Februari lalu selepas seorang lelaki yang mendarat di Hong Kong sebelum berlepas ke Jepun didiagnos dengan virus itu. - REUTERS

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X