Ahad, 16 Februari 2020 | 7:08am
KEADAAN bas yang terhumban ke dalam gaung di Lebuhraya Panamerican. - Foto AFP
KEADAAN bas yang terhumban ke dalam gaung di Lebuhraya Panamerican. - Foto AFP

Lapan penyokong bola sepak maut nahas

LIMA: Lapan penyokong bola sepak warga Ecuador maut apabila bas dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung selepas pulang daripada perlawanan Copa Libertadores di Peru.

Bas yang bertolak dari Lima itu terhumban ke dalam gaung sedalam 15 meter dari Lebuhraya Panamerican di utara Peru, kata polis. Hampir 40 penumpang cedera.

Bas itu membawa kumpulan penyokong pasukan dikenali sebagai Barcelona de Guayaquil, yang bermain untuk pasukan Peru, Sporting Cristal pada Khamis lalu.

Presiden Ecuador, Lenin Moreno menyatakan ucapan takziahnya di Twitter dan menjanjikan bantuan kerajaan untuk mangsa yang cedera dan keluarga si mati.

Lebuhraya Peru dikenal pasti sebagai laluan amat berbahaya kerana selekoh yang berbahaya, penyelenggaraan yang buruk, papan tanda yang tidak mencukupi, pemandu yang memamdu laju dan kekurangan pengawasan polis.

Secara purata kemalangan di lebuh raya itu meragut sembilan nyawa setiap hari mengikut perangkaan dikeluarkan kerajaan.

Angka itu melebihi jumlah kematian akibat jenayah jalanan. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X