Khamis, 30 Januari 2020 | 9:26am
DADAH fentanyl. - Foto Reuters
DADAH fentanyl. - Foto Reuters

AS lulus RUU lanjut tempoh penggantungan dadah fentanyl

WASHINGTON: Dewan Rakyat Amerika Syarikat (AS) meluluskan rang undang-undang (RUU) yang akan melanjutkan tempoh penggantungan sementara dikenakan Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA) terhadap dadah sintetik yang kuat seperti fentanyl selepas ia dikenal pasti menjadi punca krisis ketagihan di republik terbabit.

Ia sekali gus mengatasi krisis opioid yang melanda AS.

Opioid merangkumi ubat-ubatan yang kerap digunakan bagi melegakan kesakitan dalam lingkungan sederhana hingga kronik.

Rang undang-undang itu yang dikenal pasti menyamai versi diluluskan Dewan Senat AS, awal Januari itu, hanya menunggu tandatangan Presiden AS, Donald sebelum kuasa sementara DEA tamat 6 Februari ini. - Reuters

Berita Harian X