Rabu, 8 Januari 2020 | 8:12am
FOTO hiasan.
FOTO hiasan.

Lelaki dicari tembak kanak-kanak lempar ketulan salji

MILWAUKEE: Seorang lelaki dicari polis di Wisconsin, utara Amerika Syarikat semalam selepas menembak dua kanak-kanak yang melempar ketulan salji ke arah kereta miliknya hujung minggu lalu.

Kedua-dua mangsa, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan rakannya, lelaki berusia 13 tahun cedera akibat tembakan itu, kata polis Milwaukee dalam satu kenyataan.

Mereka adalah sebahagian daripada kumpulan kanak-kanak yang melempar ketulan salji ke arah kenderaan petang Sabtu lalu di Milwaukee, sebuah bandar dengan kira-kira 500,000 penduduk, 145 kilometer dari utara Chicago.

“Satu ketulan salji itu terkena sebuah kenderaan jenis Toyota berwarna putih, dan pemandunya melepaskan tembakan ke arah mereka,” kata kenyataan terbabit.

Jabatan berkenaan turut meminta bantuan orang ramai atau saksi kejadian untuk tampil ke hadapan bagi mengenal pasti identiti penembak. - AFP

Berita Harian X