Selasa, 5 November 2019 | 9:46am
Kejadian gempa berlaku ketika penunjuk perasaan sedangberkumpul sambil melakukan protes terhadap polisi ekonomi pemerintah Presiden Sebastian Pinera, di Santiago. - Foto AFP

Gempa bumi 6.0 magnitud gegar Chile

SANTIAGO: Gempa bumi kuat berukuran 6.0 magnitud menggegarkan Chile ketika satu demonstrasi antikerajaan sedang berlangsung semalam.

Ketika kejadian, polis di Santiago sedang menyuraikan penunjuk perasaan yang mengadakan protes anti penjimatan yang menyasar kerajaan konservatif.

Gegaran kuat dan berterusan itu turut dirasai di ibu negara terbabit.

Pusat Seismologi Kebangsaan Chile pada mulanya merekodkan gegaran berukuran 6.3 magnitud sebelum mengesahkan bacaan lebih tepat pada 6.1 magnitud.

“Tiada laporan kerosakan harta benda, kecederaan mahupun gangguan perkhidmatan asas serta infrastruktur setakat ini,” kata Pejabat Kecemasan Kebangsaan.

Perkhidmatan Tentera Hidrografi dan Oseanografi berkata gegaran itu tidak mengakibatkan tsunami di pantai Pasifik Chile.

Pada 2010, gempa bumi berukuran 8.8 magnitud diikuti tsunami mengorbankan lebih daripada 500 orang.

Aktiviti tektonik aktif adalah sesuatu yang lazim di Chile yang terletak di Lingkaran Api Pasifik. - AFP

Berita Harian X