Isnin, 4 November 2019 | 8:07am
Gambar fail, Ketua Pegawai Eksekutif, Steve Easterbrook. - Foto REUTERS
Gambar fail, Ketua Pegawai Eksekutif, Steve Easterbrook. - Foto REUTERS

McDonald's AS pecat CEO jalin hubungan sulit

NEW YORK: McDonald’s Corp memecat Ketua Pegawai Eksekutif, Steve Easterbrook selepas didapati menjalinkan hubungan sulit dengan seorang kakitangan yang melanggar dasar syarikat, kata gergasi makanan segera itu, hari ini.

Ahli lembaga pengarah syarikat memutuskan bahawa Easterbrook turut membuat pertimbangan yang buruk sehingga terbabit dalam hubungan intim dengan seorang pekerja baru-baru ini, kata McDonald’s dalam satu kenyataan.

Easterbrook turut melepaskan jawatannya dalam lembaga pengarah syarikat berkenaan.

McDonald’s, sehingga kini masih gagal dihubungi untuk mengulas lanjut.

Kekosongan yang ditinggalkan Easterbrook itu diisi bekas presiden McDonald’s AS, Chris Kempczinski, yang kini dilantik sebagai CEO baharu berkuat kuasa serta merta. Beliau turut menyertai ahli lembaga pengarah McDonald's.

Tempat Kempczinski kini diisi bekas presiden pasaran operasi antarabangsa, Joe Erlinger.

Dalam satu hantaran emel yang disiarkan syarikat, Easterbrook menyifatkan perilaku peribadinya sebagai satu kesilapan yang melanggar dasar syarikat. - Reuters

Berita Harian X