Ahad, 3 November 2019 | 2:26pm
Presiden El Salvador, Nayib Bukele. Foto Reuters
Presiden El Salvador, Nayib Bukele. Foto Reuters

El Salvador usir diplomat Venezuela

SAN SALVADOR: El Salvador semalam, mengarahkan diplomat Venezuela supaya keluar dari negara itu dalam tempoh 24 jam, susulan kedudukan Nicolas Maduro sebagai presiden dianggap tidak sah.

Kerajaan El Salvador dalam satu kenyataan berkata, Presiden Nayib Bukele mengiktiraf pemimpin pembangkang, Juan Guaido sebagai presiden sementara, sehingga pilihan raya bebas diadakan di negara Amerika Selatan itu.

Dalam kenyataan itu, kerajaan berkata, El Salvador akan menerima kor diplomatik baharu dari Venezuela, yang dilantik oleh Guaido.

“El Salvador sedang menunggu perwakilan diplomatik baharu Venezuela yang diiktiraf,” kata kenyataan itu.

Selain El Salvador, beberapa negara lain turut mengiktiraf Guaido, sambil memetik ketidaktentuan dalam proses pemilihan semula Maduro.

Ketika ini, pemimpin pembangkang menguasai beberapa kedutaan Venezuela di luar negara, termasuk Amerika Syarikat dan Costa Rica, tetapi masih gagal memaksa Maduro supaya melepaskan jawatan presiden. - Reuters

Berita Harian X