Isnin, 21 Oktober 2019 | 11:47pm
PERDANA Menteri Kanada, Justin Trudeau. - Foto AFP

Pilihan raya umum tentukan nasib PM Kanada bermula

OTTAWA: Warga Kanada mula membuang undi dalam pilihan raya umum Kanada, hari ini, dengan beberapa tinjauan menjangkakan Parti Liberal Perdana Menteri Justin Trudeau mungkin kembali berkuasa dengan kerajaan minoriti atau kalah.

Parti Liberal dan Konservatif pula yang diterajui Andrew Scheer dijangka bersaing sengit dalam pilihan raya yang disifatkan sebagai ‘paling sengit’ dalam sejarah.

Pengundian bermula pada 1100 GMT di wilayah Newfoundland, timur Kanada dengan kira-kira 27.4 juta warganegara itu layak memilih 338 ahli parlimen.

Keputusan dijangka diketahui mulai 2300 GMT, beberapa jam sebelum pengundian tamat di wilayah British Columbia, barat negara itu pada 0200 GMT, esok. - Reuters

Berita Harian X