Ahad, 20 Oktober 2019 | 7:12am
Presiden Chile, Sebastian Pinera ketika mengadakan mesyuarat dengan anggota Kabinet di Istana La Moneda di Santiago, Chile. Foto EPA

Presiden Chile batal kenaikan tambang pengangkutan awam

SANTIAGO: Presiden Chile, Sebastian Pinera mengumumkan keputusannya untuk membatalkan kenaikan harga tambang pengangkutan awam, yang mengakibatkan protes di seluruh negara.

Pinera berkata demikian dalam ucapan yang disiarkan secara langsung dari istana presiden di sini, semalam.

Dalam ucapannya itu, Pinera berkata, beliau sudah mendengar ‘suara hati rakyat’ dengan rasa ‘rendah diri’, dan luahan rasa tidak puas hari dalam kalangan rakyat mengenai kos hidup di negara itu.

Beliau turut mengumumkan penubuhan kumpulan kerja bagi menangani isu yang dibangkitkan oleh penunjuk perasaan.

Namun, Pinera tidak menarik balik perintah berkurung yang diumumkan sebelum ini, seperti yang dijangka ramai pihak.

Terdahulu, beliau mengumumkan perintah darurat ketika pertempuran antara polis dan peserta protes di Santiago terus berlarutan, serta merebak ke bandar lain di Chile. - Reuters

Berita Harian X